tajuk

Pages


Sunday, 20 December 2015

Belajar Menerima

Nak tahu kita ego ke tak, lihat kepada cara kita terima teguran seseorang..

Ada orang terima dengan penuh rasa berterima kasih kepada yang menegur.

Ada orang menerima dengan telinga merah, akhirnya mendiamkan diri dan marah-marah setelah itu. Mengungkit-ungkit.

Ada orang menerima teguran dengan menyenaraikan 10 sebab kenapa dia buat sesuatu perkara itu, dengan hujah-hujah untuk membenarkan perbuatan atau kata-kata itu..

Saya yakin kita semua pernah berhadapan dengan tiga-tiga keadaan di atas.

Sedangkan Rasulullah pernah ditegur direct oleh Allah!

1) Surah Abasa ayat 1-10 - sebab paling muka dari Abdullah ibn Makhtum

2) Surah al-Tahrim ayat 1 - Rasulullah haramkan madu atas dirinya sedangkan madu itu halal ( sebab nak ambil hati isteri)

3) Surah al-Anfal ayat 67 - tentang Rasulullah memilih cadangan abu Bakar berkenaan dengan tawanan perang Badar di kalangan pemuda Quraisyh. Tapi Allah lebih menyenangi pilihan Umar.

Hattakan Rasulullah sendiri ditegur Allah kerana sifat manusiawinya, pastilah kita sebagai manusia harus ditegur.

Pokoknya adalah bagaimana kita menerima cara teguran orang.

Kita selalu expect orang dengar pendapat kita. Tapi di saat kita ditegur, sangat sukar kita menerima teguran orang. Berdesing telinga dan sakitnya hati kita. Boleh berhari-hari rasa moody dan depress. Kita rasa seolah-olah satu dunia sedang againts kita.

Sedangkan, come onlah! Rasulullah pun mendapat teguran.

Teguran dan nasihat adalah piece and parcels of life. It make us better. It make us feel down to earth. Ia menjadikan kita tawadhuk menjejak ke bumi.

Seharusnya kita sangat berterima kasih orang menegur kita. Sangat bersyukur ramai orang nakkan kebaikan untuk diri kita. Maka, bersikap terbukalah untuk ditegur. Bukan melatah. Bukan defend dengan siapkan 10 hujah dan alasan. Terimalah secara terbuka.

Penerimaan itulah menjadi asbab kenapa umat terdahulu menjadi bangsa manusia amat terbaik sekali.

Dan ya, terkadang golongan berilmu dan pendakwahlah yang paling sukar menerima teguran.

Latihlah untuk terima teguran. Dan ucapkan , " Insyaallah, saya baiki. Terima kasih sebab sudi menegur!'

Bersyukurlh Allah datangkan manusia lain untuk memperbaiki keadaan dirimu!

Moga kita menjadi insan lebih baik dan sentiasa tawadhuk menerima teguran orang!

No comments:

Post a Comment