mengapa anak cina lebih pandai
Baru-baru ni aku terbaca status ni.
Yang pelajar Melayu tak study sangat compare dengan pelajar cina.
Aku melayu,yang tinggal di luar bandar. Ayah aku buruh di kilang papan cina, yg dapat dlm RM 200 seminggu, mak aku penoreh getah. Bayangkan baju sekolah yang pakai 5 hari seminggu aku tukar dlm 2 tahun je. Pernah kasut sekolah aku koyak, aku pakai kasut abang aku yang besar, lepas tu, aku sumbat dengan kertas surat khbar dekat bahagian depan kasut, nak bagi tak longgar. Cikgu math aku tegur cakap mcm kasut mc donald. Masa aku darjah 3, mak aku kena breast cancer, tak boleh menoreh, memang tak de duit sangat masa tu. Aku ambil upah pergi beli makanan kat kantin, kalau aku bawa 50 sen, dapat bawa balik seringgit. Lepas setahun macam tu, mak aku sembuh, dia sambung menoreh balik.
Dulu aku sekolah di sekolah kampung, aku faham grammar english she is, he is pun masa aku darjah 6 nak upsr. sains masa darjah 4 dan 5, kadang-kadang cikgu masuk kelas, kadang-kadang tak. Masa periksa ada silibus yang cikgu tak ajar lagi,keluar periksa.Tapi mujur parents aku hantar tusyen sebelum upsr, dapat juga 5A, dapat pergi mrsm, even lepas tu aku homesick, kena buli, aku balik belajar di smk. Last2 lepas pmr, aku pergi sbp, sebab orang cakap budak-budak sbp ada peluang cerah dapt pergi overseas. Lepas spm, aku dapat scholarship jpa and sambung belajar kat overseas.
Apa yang cikgu tu cakap, mostly anak melayu main phone ke backpach Hershel aku tak pernah rasa. Lepas tu, parents aku memang tak mampu nak hantar tuisyen setiap tahun, hanya mampu pergi tusyen bila dekat-dekat exam besar je. Pada pendapat aku, kalau betul-betul faham apa yang kita belajar kat sekolah, or kalau cikgu betul-betul pakar mengajar yang buat student mudah faham, tak perlu kot pergi tusyen tu.Kalau cikgu yang best mengajar, memang aku dapat score.kalau cikgu yang aku tak berapa faham, memang kena usaha keras sendiri la nak fahamkan. Bagi aku hardwork tu penting, tapi cara cikgu mengajar lagi memberi kesan pada pemahaman student.
Then pasal, hak keistimewaan bumiputera. As a person yang menikmati hak keistimewaan bumiputera, aku bersyukur sangat benda ni wujud. Kebanyakkan bumiputera dan peribumi macam aku ni bukan orang berada berbanding orang cina yang mostly dari keluarga berniaga.Tak yah cakap,tusyen, starbuck ke apa,nak makan nasi pun payah.Keadilan tidak semestinya sama rata.
Last but not least, taraf pendidikan malaysia masih lagi rendah. Sebab aku dah rasa, masa kt overseas memang basic physics and math pelajar msia sangat tak kukuh berbanding pelajar kat sini. Basic tu penting sangat. So, aku harap sangat semoga silibus add math and physics dekat high school lagi advanced.
Untuk berjaya, bukan setakat student je kena kerja keras,tapi cikgu pun memainkan peranan penting. Aku dapat buat degree pun bukan sebab hardwork aku je, tapi cikgu yang bantyak membantu. Semoga lepas ni best-best student bukan setakat pilih nak jadi doktor or engineer je, pilih la jadi cikgu juga.
No comments:
Post a Comment